Wednesday 11 April 2012

Data Peribadi

Assalamualaikum..

Nama saya Marina Bt Nawi. Dilahirkan di Kuala Lumpur. Saya anak ketiga dari 5 orang adik beradik. Bersekolah di Sek Ren Taman Keramat dan Sek Men (P) St.Mary, KL. Kemudian saya menyambung pengajian saya di Uitm Segamat, Johor dalam jurusan Diploma In Business Study @ dikenali sbg DBS di Uitm. Kemudian saya bekerja di D&N Bekalan Sdn. Bhd, SAL Group of College, CELCOM Berhad dan kini di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebagai Penolong Pegawai Ekonomi. Pelbagai pengalaman, bos, kawan-kawan yg dapat saya jumpa sepanjang penglibatan di dalam kerjaya saya.

Saya telah pun berkahwin tetapi Allah lebih menyayangi suami saya. Suami saya telah kembali kepada Allah. Suami saya telah meninggal dunia pada 7 April 2011 di pangkuan saya. Ini adalah pengalaman yang paling dalam pahit dalam hidup saya. Kami tidak mempunyai cahaya mata dan kini saya tinggal bersama ibu dan adik beradik saya. Sudah setahun lebih suami saya meninggal dunia. Tahun 2011 adalah tahun menyedihkan saya dan kini tahun ini saya bangun kembali dan masih meneruskan pengajian saya di UKM. Ini adalah dugaan untuk saya bagi meneruskan hidup ini.

Kini anak-anak saudara saya menjadi penghibur saya.