Monday 16 July 2012

Apa itu Website, Web Hosting dan Domain



Sebelum kita tahu membuat website atau blog, kita mesti tahu beberapa istilah penting. sebelum nie saya dah bagitau beza antara website dan blog..kali ni jom kita tengok makna apakah dia Web Hosting dan Domain..


Apa itu Website?

Website adalah halaman sepertimana yang anda sedang lihat sekarang di komputer anda. ia adalah satu fail dokumen yang mengandungi 1 atau lebih elemen iaitu text, gambar, audio, video, animasi dan sebagainya. Format fail untuk website adalah HTM, HTML, PHP, ASP dan sebagainya.

Untuk membuat fail HTML ini di kita menggunakan perisian seperti Microsoft Frontpage, Adobe Firework, NVU dan sebagainya.


Web Hosting
Web Hosting adalah ruangan yang berada di server internet yang menempatkan website, blog, multimedia, atau apa saja yang kita lihat di internet. Ianya disimpan dalam bentuk fail atau data. Apabila kita ingin memaparkan website atau blog maka kita perlu menyimpan fail/data kita tersebut di server internet atau hosting.

Konsep internet sebenarnya sama macam konsep fail yang disimpan dalam PC kita. Cuma internet adalah capaian global manakala pc kita hanya kita atau beberapa oang lain saja yang mengaksesnya. Fail-fail di internet disimpan di server manakala PC di dimpan di dalam hard disk.

Untuk membolehkan website kita dipaparkan di internet, kita kena sewa ruangan tersebut oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan hosting dan memuat naik fail2 terlibat.

Domain.
Domain adalah alamat untuk pelayar internet menjumpai website anda. ia seperti juga alamat rumah, kalau anda bina rumah di tempat yang tidak bealamat..macam mana orang nak pergi rumah anda? Sama la juga dengan website anda. Domain website anda adalah berbentuk namaanda.com. katakan nama anda, atau alamat yang anda suka adalah 'jejakjuta' makan alamat website anda akan menjadi
http://www.jejakjuta.com/

Untuk memiliki nama domain sendiri, anda perlu meyewa ruang dengan dengan syarikat penyedia perkhidmatan hosting kalau dalam negara seperti bluehyppo dll, kalau luar negara hostmonster, Global domain international (GDI) dll.


No comments:

Post a Comment