1.
Pengenalan
Komputer merupakan satu alat yang amat penting pada masa kini.
Ia banyak digunakan untuk membantu manusia dalam melakukan tugas-tuga seharian.
Ia juga mampu melaksanakan berjuta-juta arahan dalam masa yang singkat dan
membantu mempercepatkan urusan yang berkaitan dengannya.
Secara dasarnya komputer adalah satu alat elektronik yang
terdiri daripada komponen dan litar-litar elektronik serta peranti-peranti
masukan dan keluaran yang mempunyai tugas-tugas tertentu di mana setiap
perkakasan ini memerlukan antara satu sama lain untuk beroperasi. Ia boleh
dikatakan sebagai satu mesin yang menyerupai manusia kerana ia mempunyai memori
yang sama seperti daya ingatan manusia, mikropemproses yang sama seperti otak
manusia, unit masukan yang sama seperti deria manusia dan unit keluaran yang
sama seperti tindakan manusia.
Pada masa kini terdapat banyak jenis komputer di dunia ini
seperti mikrokomputer, mini komputer, pelayan atau server, alat pendigit, super
komputer dan sebagainya. Walaubagaimana pun kebanyakkan sistem komputer masa
kini adalah berasaskan sistem untuk kegunaan peribadi atau pejabat yang mana ia
lebih dikenali sebagai komputer peribadi. Sistem komputer ini adalah lebih
murah dan amat mudah digunakan serta menjadi pilihan utama kebanyakkan pengguna
komputer.
Di Malaysia sendiri kebanyakkan penguna komputer peribadi lebih
berminat untuk memiliki komputer jenis IBM serasi berbanding Mac kerana ia
lebih mudah untuk dikonfigurasi dan digunakan. Kelebihan komputer peribadi
jenis IBM ialah ia menggunakan perkakasan yang fleksibel di mana ia lebih
dipasang dengan kebanyakkan perkakasan yang ada di pasaran. Sistem komputer IBM
ini serasi dan sememangnya mampu menyokong kebanyakan perisian komputer pada
masa kini. Ia juga berbeza dari segi konfigurasi perkakasan yang digunakan oleh
sistem komputer itu sendiri.
2. Anda sebagai insan yang hidup di abad
ini.
Komputer ialah alat elektronik yang
menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan
mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila ianya diperlukan. Generasi sekarang
mengganggap komputer bukan lagi merupakan satu barangan mewah kerana penggunaan
komputer sudah menjadi menjadi satu keperluan.
Keterampilan penggunaan komputer yang
tinggi akan menjamin peningkatan produktivivti yang tinggi membawa maksud
kecekapan dan kemampuan menggunakan peralatan elektronik yang menyeluruh, dari
segi teknikal dan membangun serta menggunakan perisisan, pengkalan data, laman
web dan lain-lain lagi pada kemahiran yang tinggi, menjanjikan daya pengeluaran
yang memberangsangkan.
Penggunaan komputer hari ini sudah menjadi
nadi yang menghidupkan segala aktiviti dan urusan dalam pelbagai bidang. Dengan
bantuan komputer serta keterampilan penggunaannya dalam pelbagai bidang telah
membawa keberhasilan yang tinggi serta dapat mempertingkatkan produktiviti
sektor yang terbabit.
2.1 Penggunaan komputer dalam pelbagai
bidang
Penggunaan komputer hari ini sudah menjadi
nadi yang menghidupkan segala aktiviti dan urusan dalam pelbagai bidang. Dengan
bantuan komputer serta keterampilan pengunaannya dalam pelbagai bidang telah
berjaya meningkatkan produktiviti sektor yang terbabit. Penggunaan komputer
banyak digunakan dalam pelbagai bidang di antaranya :
a. Penggunaan komputer di rumah
Komputer sering digunakan di rumah sebagai
sebuah perkakas untuk melayari laman web, menaip surat, bermain games dan
mendengar MP3. Namun tidak dinafikan bahawa ada pengguna yang mempunyai
keterampilan dalam pengunaan komputer yang menggunakannya untuk membina laman web
serta menggunakan pelbagai perisian.
Kaji selidik yang dilakukan majalah PC,
banyak pengguna komputer yang menggunakan komputer mereka untuk tiga perkara
iaitu melayari laman web disamping chatting dan e-mel. Hanya segelintir sahaja
yang mempunyai keterampilan dalam pengunaan komputer melakukan kerja-kerja
berfaedah dengan komputer di rumah. Dengan adanya komputer, wujud konsep
pejabat di rumah yang membolehkan seseorang menghabiskan kerja di rumah.
b. Penggunaan komputer dalam bidang
perdagangan
Sektor perdagangan merupakan kegiatan
ekonomi yang utama. Penggunaan komputer sangat penting untuk meningkatkan mutu
dan daya pengeluaran sektor perdagangan sesebuah negara. Terdapat beberapa
perkara dalam perdagangan yang telah dilakukan oleh komputer. Yang semakin
banyak dilihat ialah cara barangan dikodkan dengan menggunakan kod palang yang
menyimpan maklumat seperti kod dan nama barang serta harganya.
Selain membantu meningkatkan hasil,
penggunaan komputer dalam perdagangan juga dapat mengembangkan pencapaian ke
negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti internet dan e-dagang
yang membolehkan pengguna membeli barangan dengan mudah serta dapat menjimatkan
masa dan kos manakala pihak peniaga pula dapat meluaskan pasaran produk mereka
seterusnya mengaut keuntungan.
Banyak lagi cara bagaimana komputer boleh
digunakan perdagangan. Perkara yang pasti ialah kehadiran teknologi
pengkomputeran menjadikan perdagangan bukan sahaja menjanjikan peningkatan
dalam mutu perkhidmatan jualan tetapi juga peningkatan dalam penjualan dan
produk.
c. Penggunaan komputer dalam bidang
pengeluaran
Pengeluaran sesuatu produk juga sudah
banyak menggunakan keterampilan penggunaan komputer. Dalam sektor pengeluaran,
komputer mungkin digunakan untuk
mereka bentuk sesuatu produk dan robot mungkin digunakan untuk membuat
kerja-kerja yang diprogramkan oleh manusia. Kebiasaannya teknologi robot
digunakan jika sesuatu kerja itu akan membahayakan kesihatan dan nyawa manusia
atau kerja-kerja yang lebih cepat jika dibuat oleh robot. Kebanyakkan kilang
pengeluaran kereta, contohnya seperti Proton menggunakan robot dalam
kerja-kerja pemasangan kereta. Pengunaan robot dalam dalam sektor pengeluaran
selain dapat menjimatkan tenaga pekerja dan kos operasi dalam jangka panjang
juga dapat meningkatakan produktiviti pengeluaran serta memastikan kerja yang
siap menampakkan mutu yang sama
d. Pengunaan komputer dalam bidang
perhubungan dan telekomunikasi
Penggunaan telekomunikasi atau komputer
yang dirangkaikan di peringkat antarabangsa banyak memberi kesan yang positif.
Melalui kemudahan telekomunikasi pelbagai jenis perhubungan dapat dilakukan.
Contohnya, komunikasi antara bank, pengeluar kad kredit, syarikat insurans,
syarikat penerbangan, institusi pendidikan dan penyelidikan dapat dibuat dengan
pantas melalui rangkaian komputer antarabangsa seperti internet.
Melalui internet, segala maklumat boleh di
hantar dengan cepat melalui e-mel. Program Skype membolehkan kita berkomunikasi
dan menghantar faks pada kos yang lebih murah berbanding menggunakan telefon.
Telesidang membolehkan perhubungan dan perkongsian maklumat dilakukan secara
jarak jauh. Oleh itu, masa dan kos perbelanjaan dapat dijimatkan.
e. Penggunaan komputer dalam bidang grafik
dan perfileman
Industri pembikinan filem telah melangkah
setapak lagi dengan adanya bantuan komputer. Keterampilan pengunaan komputer
yang tinggi membolehkan pembikinan filem yang bermutu tinggi dihasilkan.
Seperti yang sering kita ketahui, filem-filem dari barat terutamanya
menggunakan grafik berkomputer untuk menambahkan elemen-elemen tertentu dalam
filem mereka. Elemen-elemen ini biasanya adalah elemen yang tidak dapat
dilakukan dengan lakonan atau set-set filem yang terlalu besar untuk dilakukan.
Filem animasi memerlukan ketekunan dan perancangan serta kuasa pengkomputeran
yang tinggi untuk merender setiap pergerakan animasi.
f. Penggunaan komputer dalam bidang
perubatan
Teleperubatan mengubah dimensi baru
perubatan moden. Dengan teleperubatan, pembedahan boleh dilakukan dari jarak
jauh. Pakar-pakar perubatan yang berada di tempat lain boleh memberikan arahan
menggunakan teknologi perkomputeran dalam melakukan pembedahan jarak jauh.
Bergerak selangkah lagi kemajuan yang dicapai dengan keterampilan pengunaan
komputer ialah pembedahan dilakukan oleh robot melalui kawalan jarak jauh.
Di negara kita, Hospital Selayang dan
Hospital Putrajaya ialah hospital tanpa kertas kerana banyak urusan penyimpanan
rekod pesakit dan rawatan menggunakan kecanggihan komputer. Keterampilan
penggunaan komputer membolehkan penghantaran spesimen pesakit ke bilik-bilik
tertentu dilakukan oleh alat yang dikawal oleh komputer. Pelbagai penyakit
dapat dikesan dengan mudah dan cepat seperti menggunakan peralatan Magnetic
Resonance Imaging (MRI), CT Scan, ultra sound dan lain-lain lagi. Oleh itu,
dengan keterampilan penggunaan komputer,
jangka hidup manusia menjadi lebih panjang
dan kualiti hidup kita secara keseluruhannya semakin meningkat.
3. Anda sebagai seorang yang berilmu
Sungguhpun penggunaan komputer dalam
pendidikan di negara ini sudah menjadi fokus baru yang sering dikaitkan dengan
keberkesanan dan kualiti tetapi realitinya di sesetengah sekolah, pengunaan
komputer belum lagi mencapai tahap yang diharapkan yang boleh menyumbang kepada
produktiviti yang tinggi. Oleh itu program peningkatan profesionalisme guru
dalam kemahiran komputer perlu diadakan dari masa ke semasa. Usaha ini
membolehkan guru sama-sama menjadi peneraju dalam persada pendidikan sentiasa
peka dengan perubahan yang berlaku, khususnya dalam meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran.
Program latihan pendidikan guru hendaklah
lebih ditumpukan kepada penyepaduan teknologi dengan mata pelajaran yang diajar
bukannya berfokus kepada kursus berbentuk kaedah yang banyak menumpukan cara
pengajaran mata pelajaran tersebut berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.
Di institut pengajian tinggi (IPT), penggunaan
komputer adalah sesuatu yang mesti ada pada setiap orang, tidak kira sama ada
pelajar, pensyarah, pentadbir atau kakitangan lain. Mereka yang kurang
keterampilan dalam pengunaan komputer akan merencatkan kecemerlangan atau
produktiviti. Hal ini demikian kerana penggunaan komputer di IPT adalah lebih
menyeluruh. Pelajar dapat membuat dan mencari bahan rujukan yang diperlukan
dengan melayari internet. Sistem pinjaman buku di perpustakaan telah
dikendalikan dengan keterampilan pengunaan komputer. Dengan penggunaan
komputer, urusan yang dibuat menjadi lebih mudah serta dan menjimatkan masa dan
juga kos.
Selain itu, penggunaan komputer membantu
pelajar dan pensyarah mengumpulkan dan memproses data-data statistik untuk
kajian dan penyelidikan. Keadaan ini mempercepatkan proses kajian dan
penyelidikan dijalankan disamping kemampuan komputer mendapatkan perangkaan
yang lebih tepat.
Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) adalah
satu program yang tidak dapat dipisahkan dengan penggunaan komputer. Dengan
penggunaan komputer yang menyeluruh, capaian ke seluruh negara dapat
direalisasikan. Program pendidikan seumpama ini sesuai untuk mereka yang
belajar pada kadar sendiri mengikut kesesuaian masa kerja dan komitmen pada
keluarga masing-masing. Secara tidak langsung program ini membuka peluang
kepada mereka yang menyahut seruan kerajaan ke arah pembelajaran sepanjang
hayat.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa, walaupun
terdapat sedikit halangan, sikap pelajar secara umumnya terhadap bahan
berkomputer adalah baik. Banyak pelajar mendapati bahawa bahan berkomputer
telah memberi manfaat kepada mereka. Kajian yang dijalankan pula oleh Daimond,
Theimer dan Charp pada tahun 1971 pula mendapati cetusan yang serupa dengan
kajian Howell.
Pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris menggunakan
bahan berkomputer telah menunjukkan kesan yang lebih memberangsangkan
berbanding dengan kumpulan yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional.
Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer telah lebih berjaya
mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bahagian pemahaman dan perbendaharaan
kata.
Hess dan Tenezakis (1973) telah membuat
perbandingan dengan memberikan pengajaran berbantukan komputer kepada sejumlah
189 pelajar di sekolah menengah rendah dalam pelajaran matematik. Kumpulan yang
mengalami pengajaran berbantukan komputer merasakan bahawa komputer mampu
menyampaikan maklumat dengan berkesan kerana pengajaran berbantukan komputer
lebih adil, jelas dan mudah. Kajian yang dijalankan di Kuwait, Al-Huunaiyyan,
Hewit, Jones dan Messer (1997) melaporkan bahawa staf di Kuwait Higher
Education telah mula membangunkan perisian multimedia.
Sebanyak 89 peratus daripada staf
menegaskan bahawa mereka yakin akan bahan berkomputer mampu mempertingkatkan
pengetahuan pelajar mereka. Sebanyak 88 peratus daripada pelajar pula bersetuju
bahawa bahan berkomputer mampu membantu dalam proses pembelajaran mereka.
Di Universiti Teknologi Malaysia,
Baharuddin Aris (1999) telah berusaha membangunkan perisian multimedia untuk
pelajar yang mengambil jurusan pendidikan. Pakej CERDIK IT, akronim untuk
Computer-based Educational Resource and Development in Information Technology,
dihasilkan dan melalui fasa penilaian foematif dan sumatif untuk mengkaji
keberkesanannya. Dalam penilaian sumatif pakej ini, terdapat peningkatan dari
segi pengetahuan pelajar pendidikan mengenai komputer dan teknologi maklumat
serta aplikasinya dalam pendidikan selepas mereka menggunakan pakej tersebut.
Antara lain, terdapat sikap yang positif terhadap pengunaan pakej sebagai bahan
bantuan pembelajaran kendiri.
Data kualitatif yang diperolehi daripada
pelajar juga menunjukkan bahawa kebanyakkan daripada mereka merasakan kaedah
ini mudah digunakan dan dapat membantu dalam pembelajaran secara autonomi.
4. Kepentingan komputer kepada pengurus sekolah
Penggunaan komputer sememangnya dapat
membantu pengurus di sesebuah sekolah dalam membuat keputusan, menyesuaikan
diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam
organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat memisahkan dirinya daripada membuat
keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam mentadbir
dan mengurus sekolah.
Hakikatnya penggunaan komputer sangat
membantu dan menolong seseorang pengurus itu berfungsi dengan lebih cekap,
berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan
maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan
inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang
berkaitan dengan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Laudon dan laudon
(1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen
yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi
membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.
Secara umumnya penggunaan komputer dapat
menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang
tersussun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan
dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada.
Maklumat-maklumat yang diproses sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah
membuat keputusan membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi
peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had maka adalah menjadi satu
kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan
segera kepada perubahan-perubahan baru.
Becker (1991) telah membuat kajian
berbentuk tinjauan di 22 buah negara. Subjek kajian beliau meliputi pengetua
sekolah dan guru-guru yang mempunyai pengetahuan terhadap penggunaan komputer
di sekolah. Tijauan ini bertujuan untuk melihat amalan sekolah dan pentadbir
serta guru-guru dalam pengunaan komputer di sekolah. Hasil kajian menunjukkan
kebanyakkan pentadbir sekolah dan guru-guru menyedari kepentingan penggunaan komputer
di sekolah sebagai alat untuk menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti.
Rohana Abdul Rahman (1995) telah
menjalankan kajian bertajuk ”Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Sekolah”.
Beliau telah memilih seramai empat orang pengetua dan dua puluh lima guru
sebagai responden kajian bagi tujuan melihat keberkesanan penggunaan komputer
dalam pengurusan sekolah, maslah pengunaan komputer dan sikap guru terhadap
penggunaan komputer. Dapatan kajian juga menunjukkan guru merasa wujud
kecekapan pengurusan sekolah dengan penggunaan komputer dari segi penggunaan
masa yang terbaik untuk menjalankan tugas. Kajian ini juga memperlihatkan 86%
responden bersetuju bahawa penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah dapat
menjimatkan masa.
Daripada dapatan kajian bebrapa orang ahli
akademik di negara lain dan juga di negara ini, dapatlah disimpulkan bahawa
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan secara berketerampilan dapat
memberikan kesan yang positif dan memberangsangkan serta menjamin peningkatan
kualiti pencapaian pelajar khususnya dan pendidikan amnya.
Dalam konteks sekolah kini, kebanyakkan
sistem pengurusan pejabat menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk
kewangan sekolah, sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah, sistem maklumat pengurusan (MIS) yang membolehkan
capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian pejabat (OAS)
untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan
menghasilkan kerja yang lebih pantas dan kemaskini. Selain dari itu, satu
aplikasi komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks iaitu program sistek
teleh dibangunkan untuk membantu pengurusan pinjaman buku teks dapat dijalankan
dengan lancar.
Penggunaan komputer dalam aspek pengurusan sekolah juga memainkan
peranan yang sangat penting. Di antara aspek pengurusan pendidikan yang
memerlukan keterampilan penggunaan komputer dan dapat menjamin kualiti
pengurusan serta keberkesanan sekolah adalah seperti berikut
i. Pengurusan Sekolah
Dalam pengurusan sekolah komputer digunakan
untuk mengumpul data, contohnya Education Management Information System (EMIS)
yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan
pengumpulan data guru dilakukan. Pelbagai maklumat guru dapat dicapai melalui
data EMIS untuk pelbagai tujuan sama ada yang berkaitan dengan perkhidmatan
guru atau sebarang perancangan yang ingin dilakukan oleh pihak kementerian
dapat dilakukan dengan mudah.
Selain itu penyediaan jadual waktu guru
yang biasanya membebankan jika dilakukan secara lama dapat dipermudahkan dan
dipercepatkan dengan bantuan komputer. Begitu juga halnya dengan penyediaan
perancangan takwim, pengagihan tugasan guru serta kerja-kerja perkeranian
seperti menyediakan laporan, data dan perangkaan, penyediaan kertas kerja surat
menyurat dan sebagainya menjadi lebih efesien dengan keterampilan pengunaan
komputer.
ii. Pengurusan Kewangan
Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
berhubung rapat dengan sistem pengurusan perakaunan yang cekap dan amanah. Penggunaan
komputer dalam pengurusan kewangan dapat membantu meningkatkan kecekapan.
Sebagai contohnya, bagi sekolah yang menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ),
penggunaan komputer sangat penting untuk merekod segala perbelanjaan atau urus
niaga yang pengunaan komputer sangat penting untuk merekodkan segala
perbelanjaan atau urus niaga yang dilakukan. Begitu juga halnya, dalam
penyediaan Penyata Akaun Sekolah Akhir Tahun (PATSKOM), penggunaan komputer
menjadikan kerja lebih efesien dan mengurangkan kesilapan.
iii. Pengurusan Hal Ehwal Murid
Pengunaan komputer dalam mengumpulkan data
pelajar di sekolah dibuat dengan menggunakan Sistem Maklumat Murid (SMM). Di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, E-Daftar digunakan sebagai satu sistem
pendaftaran pelajar yang dibuat dengan penggunaan komputer. Dengan ini, segala
maklumat pelajar dapat diperolehi dngan mudah dan cepat untuk pelbagai tujuan
dan perancangan. Dengan menggunakan komputer, pihak sekolah, jabatan atau
kementerian boleh membuat pengesanan salah laku pelajar di sekolah menggunakan
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM). Sebarang tindakan atau perancangan
menangani masalah disiplin pelajar boleh dibuat dengan mudah dan segera.
iv. Pengurusan Kurikulum
Penggunaan komputer juga boleh digunakan
untuk menyediakan bahan pengajaran, perancangan program kecemerlengan pelajar,
minit mesyuarat dan laporan panitia, menyediakan rekod akademik pelajar,
membuat soalan ujian dan peperiksaan serta memebuat analisis keputusan
peperiksaan pelajar dan lain-lain lagi. Penggunaan komputer di Pusat Sumber
sekolah untuk merekodkan segala perolehan dan peminjaman buku dan bahan rujukan
dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber sekolah.
v. Pengurusan Kokurikulum
Kemahiran komputer juga diperlukan bagi
merekodkan aktiviti dan penglibatan pelajar dalam pengurusan kokurikulum. Rekod
ini dapat dikeluarkan dengan mudah dan cepat, terutama bagi tujuan
penganugerahan sijil penghargaan kepada pelajar di sekolah serta mendapatkan
data pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum untuk pelbagai tujuan.
Di institusi pengajian tinggi (IPT),
penggunaan komputer adalah sesuatu yang mesti ada pada setiap orang, tidak kira
sama ada pelajar, pensyarah, pentadbir atau kakitangan lain. Mana-mana pihak
yang kurang keterampilan dalam pengunaan komputer akan merencatkan
kecemerlangan atau produktiviti kerana penggunaan komputer di IPT adalah
menyeluruh.
Di Kementerian Pelajaran Malaysia,
keberkesanan dan kecekapan pengurusan dipertingkatkan melalui perluasan
e-pengurusan pada semua peringkat. Sebagai contohnya, di Lembaga Peperiksaan
Malaysia, peranan dan fungsi yang digariskan dalam Akta Pendidikan yang
melibatkan kerja-kerja penilaian (evaluation), pemilihan (selection) dan
pensijilan (certification) dapat diuruskan dengan berkesan dan sistematik dengan
kemahiran penggunaan komputer yang tinggi. Penggunaan komputer dalam pengurusan
peperiksaan awam amatlah mustahak untuk mengekalkan taraf, memelihara keutuhan
peperiksaan, memberi kebolehpercayaan yang tinggi dan seterusnya menjamin
kelicinan pengurusan supaya keyakinan masyarakat terhadap peperiksaan sentiasa
teguh.
Pada keseluruhannya, kita dapati dalam
kebanyakkan perkara yang berhubung dengan pendididkan, penggunaan komputer
adalah sangat penting. Oleh itu, pihak pengurusan pendidikan hendaklah memastikan
penggunaan komputer di kalangan kakitangan masing-masing adalah pada tahap
kemahiran yang tinggi. Bagi mencapai wawasan negara menjadikan negara kita
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia.
4.1. Cabaran melaksanakan pendidikan berbantukan
komputer di sekolah
Cabaran yang pertama ialah sikap guru yang
kurang yakin dengan teknologi maklumat dan masih selesa dengan cara pengajaran
secara tradisional serta sering membuat alasan bahawa peralatan komputer tiadak
mencukupi dan kurang latihan dalam menyepadukan teknologi maklumat dalam
pengajaran. Jika digunakan dalam pengajaran hanya pada tahap yang rendah sahaja
seperti pemprosesan perkataan dan latih tubi. Teknologi maklumat tidak
diintegrasikan sepenuhnya dengan kurikulum yang diajar.
Cabaran yang kedua ialah ketidakdapatan
perisian dan tapak web yang sesuai dengan kurikulum pendidikan di negara ini.
Kekangan masa dan juga kurang kemahiran merencatkan kreativiti guru untuk
menyediakan bahan multimedia yang mampu menarik minat pelajar. Sesetengah guru
dan juga pelajar menghadapi masalah bahasa kerana bahan yang terdapat dalam
internet dan perisian adalah dalam bahasa Inggeris.
Cabaran yang ketiga ialah peralatan komputer adalah sensitif dan mudah
rosak jika tidak diuruskan dengan baik. Penggunaan secara maksimum segenap
peralatan dan perisian oleh pelajar terutamanya mungkin menyebabkan kerosakkan.
Kos pembaikan pula adalah tinggi kerana sekolah tidak dibekalkan dengan
juruteknik untuk menyelenggarakan peralatan ini. Untuk mengelakkan kerosakan,
guru-guru mungkin cuba menghadkan pengunaan peralatan tersebut kepada pelajar
5. Cadangan meningkatkan pengunaan komputer
di sekolah
Sungguhpun pengunaan komputer dalam bidang
pendidikan di negara ini sudah menjadi fokus baru yang sering dikaitkan dengan
keberkesanan dan kualiti tetapi realitinya di sesetengah sekolah, pengunaan
komputer belum lagi mencapai tahap yang diharapkan dan boleh menyumbang kepada
produktiviti yang tinggi. Di antara cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan
supaya penggunaan komputer di sekolah dapat memberikan sumbangan yang baik
dalam pengurusan pendidikan adalah seperti berikut:
1. Program peningkatan profesinalisme guru
dalam kemahiran komputer perlu diadakan dari masa ke semasa. Usaha ini perlu
dilakukan untuk membolehkan guru sama-sama menjadi peneraju dalam persada
pendidikan, sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku, khususnya dalam
pengajaran dan pembelajaran.
2. Program latihan guru yang diadakan
hendaklah lebih ditumpukan kepada penyepaduan teknologi dengan mata pelajaran
yang diajar bukannya berfokus kepada kursus berbentuk kaedah yang banyak
menumpukan cara pengajaran mata pelajaran tersebut berdasarkan kurikulum yang
ditetapkan.
3. Kementerian Pelajaran pula perlu
menyediakan peruntukan yang khusus kepada sekolah untuk pembelian dan
penyelenggaran peralatan komputer. Hal ini kerana antara masalah yang sering
dihadapi di sekolah selain bilangan komputer yang terhad ialah kos
penyelenggaran komputer. Dari persepktif pendidikan , keupayaan teknologi
maklumat atau penggunaan komputer yang cekap dapat mengubah tahap kualiti
pengurusan pendidikan yang sedia ada kepada yang lebih baik. Oleh itu, wajarlah
cadangan yang
dikemukakan diambil perhatian dan tindakan
oleh pihak yang berkenaan bagi menjamin peningkatan kualiti pendidikan secara
keseluruhannya.
6. Penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan di Malaysia
Menyedari hakikat bahawa bagi mencapai
wawasan negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di
rantau ini, kita harus bersaing di peringkat global dan bertindak seiring
dengan perlembagaan era baru teknologi maklumat. Komitmen kerajaan ke arah era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah diterjemahkan kepada Koridor Raya
Multimedia (MSC), kewujudan Institusi Sistem Mikro Elektronik Malaysia (MIMOS),
pembentukan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Taman Teknologi
Malaysia dan penubuhan Universiti Multimedia.
Pelaksanaan projek sekolah bestari dianggap
sebagai pemangkin wawasan negara kerana matlamat perlaksanaannya adalah selaras
dengan agenda pembangunan negara untuk menjadikan pendidikan di Malaysia
bertaraf dunia. Pelaksanaan sekolah bestari bermula pada Januari 1999 di mana
90 buah sekolah telah menjadi perintis kepada projek sekolah bestari dan pada
masa yang sama menjadi model kepada sekolah-sekolah yang lain. Hasrat kerajaan
menjelang tahun 2010 menjadikan kesemua 10,000 buah sekolah di negara ini
menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.
Fokus utama sekolah bestari ialah penumpuan
terhadap pembelajaran berlandaskan kemahiran berfikir dan penggunaan komputer
dalam pendidikan di sekolah. Sekolah bestari menggunakan sepenuhnya peluang
memperkembangkan ilmu dan budaya pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran
secara cekap dan berkesan melalui rangkaian dan teknologi multimedia.
Pendidikan tradisional selama ini yang berasaskan kebolehan membaca, menulis
dan mengira (3M) merupakan tiang seri pendidikan. Memandangkan besarnya
pengaruh teknologi maklumat terhadap manusia di era maklumat ini, maka wajarlah
pendidkan hari ini dilengkapi dengan satu lagi literasi baru, iaitu literasi
teknologi maklumat. Sekarang ini penggunaan komputer dalam bidang pendidikan
merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi sama ada di sekolah,
institusi pengajian tinggi, jabatan pelajaran negeri dan juga Kementerian
Pelajaran Malaysia, termasuklah agensi dan badan-badan lain yang berkaitan
dengan pendidikan di negara ini. Keterampilan penggunaan yang tinggi adalah
antara elemen yang menjadi kayu ukur kepada kualiti perkhidmatan serta kecekapan
dan keberkesanan sesebuah institusi pendidikan itu.
Di sekolah, keterampilan guru menggunakan
komputer yang diintegrasikan pula dengan pemilihan bahan multi media yang baik
dapat menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan pengajaran
berbantukan komputer dalam pendidikan di sekolah termasuklah :
1. Komunikasi maklumat yang efektif
Pengunaan multi media dalam pelbagai bentuk
maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Contohnya ialah
pengunaan grafik dapat memenuhi objektif ini.
2. Format interaktif dan merangsang
Keistimewaan sistem multi media adalah
dapat menerima menerima tindak balas berbentuk teks atau suara yang dimasukkan
melalui mikrofon oleh pelajar. Aplikasi yang dapat bertindak sebagai sahabat
pelajar ini dapat merangsang proses pembelajaran bagi memindahkan pengetahuan
yang lebih bermakna.
3. Pengkalan informasi yang berkesan
Penggunaan multi media yang membekalkan
pelbagai jenis maklumat, dalam pelbagai bentuk, media dan pendekatan dapat
membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya
memudahkan proses pencapaian maklumat dilakukan dengan berkesan dan kekal dalm
ingatan.
4. Membolehkan pelajar belajar mengikut
keperluan sendiri
Pembelajaran berbantukan komputer
membolehkan pelajar mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan dan kehendak
hati sendiri. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut
keselesaan masing-masing dan cara yang digemari oleh mereka.
5. Menggalakan pembelajaran kendiri
Dengan menggunakan perisian multi media
pendidikan, pembelajaran secara individu yang peka kepada keperluan pelajar
dapat disediakan dengan mudah. Pelajar akan berasa seolah-olah berhadapan
dengan seorang guru peribadi dalam proses pembelajaran kendiri. Ini dapat
membantu meningkatkan keyakinan diri serta menghapuskan perasaan malu yang
wujud dalam diri pelajar.
6. Memenuhi stail pembelajaran pelajar
Bahan multi media berupaya menyediakan
persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai pancaindera dan sesuai untuk
manusia yang mempunyai berbagai-bagai gaya pembelajaran dan tahap kognitif.
7. Meningkatkan minat dan motivasi pelajar
Menggunakan komputer semasa mengajar dan
belajar dapat meningkatkan semangat atau motivasi untuk terus belajar dan
mencuba sesuatu yang baru.
Apabila minat dan motivasi pelajar
dirangsang, proses pembelajaran akan lebih mudah dilaksanakan.
Sekolah yang cemerlang sering diukur dari
segi pencapaian pelajarnya yang cemerlang. Pelajar akan mendapat kecemerlangan
sekiranya guru berketerampilan dalam mengintegerasikan teknologi komputer dalam
mata pelajaran yang disampaikan kerana kemampuan kaedah ini sudah terbukti ada
kelebihannya.
7. Penutup
Daripada tinjauan yang telah dibuat, sangat
jelas kepada kita bahawa pengunaan komputer tidak dapat dipisahkan daripada
kehidupan manusia pada masa kini. Walaupun kos yang dikeluarkan untuk
mengadakan peralatan komputer, latihan penggunaan serta penyelenggaraannya
tinggi tetapi ternyata pelaburan ini adalah menguntungkan. Kejayaan sesuatu
bidang meningkatkan kualiti pengurusan, keberhasilan bidang-bidang tertentu
mengaut keuntungan atau meningkatkan produktiviti masing-masing banyak
bergantung kepada keterampilan penggunaan komputer di kalangan penggunanya.
Komputer mampu melakukan segalanya untuk manusia, namun begitu kita hendaklah
sedar bahawa dengan keterampilan penggunaan komputer juga manusia mampu
menghancurkan dunia jika tidak dikawal sepenuhnya.
Teknologi komputer telah merevolusikan cara
dan budaya kerja, termasuklah dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Ini turut membawa kepada beberapa cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi
dan ditangani pengurus dan pemimpin pendidikan dalam menghadapi arus
globalisasi masa kini
No comments:
Post a Comment