Saturday 14 July 2012

Cara efektif untuk menyimpan wang





Antara langkah yang perlu anda lakukan :


1. Tetapkan peratus simpanan yang perlu dilakukan setiap bulan

Mulakan dengan peratus kecil dahulu dan tambahkan dari masa ke semasa. Contohnya mulakan dengan 10% daripada gaji anda.


2. Buka akaun yang TIDAK mempunyai kad ATM

Anda juga boleh menggunakan akaun bank-bank lain dan jangan meminta kemudahan kad ATM.
3. Guna kemudahan online banking

Gunakan kemudahan online banking untuk memudahkan urusan memindahkan wang dengan cepat dan serta merta. Walaupun anda dikenakan RM2 setiap transaksi. Anda akan mendapati ia berbaloi bila melihat hasil simpanan anda kelak.


Cuba langkah menyimpan ini dahulu dan lihat hasilnya dalam beberapa bulan.

Jika gaji anda RM3000, anda boleh menyimpan RM300 sebulan. Dalam masa setahun, simpanan anda boleh menjangkau sehingga RM3600.

Ia boleh digunakan di masa anda betul-betul perlukan wang seperti membaiki kereta rosak di tengah jalan, membayar kos persekolahan anak anda, melangsaikan hutang lapuk, bayaran perbelanjaan hospital dan sebagainya. Disiplinkan diri anda untuk tidak mengeluarkan wang simpanan anda. Cuba cari pilihan lain dahulu dan simpanan anda adalah pilihan yang terakhir.



No comments:

Post a Comment