1.
Berenang
merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan kekerasan. Tambahan
pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa anda menjalankan aktiviti
ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang menekan sendi-sendi tulang anda
berbanding membuat senaman di atas darat.
2.
Semasa
anda menjalankan aktiviti renang, hampir keseluruhan otot utama, jantung dan
paru-paru anda akan berkerja. Perkara ini boleh membuatkan tubuh badan anda akan
merasa lebih segar, ringan dan berstamina setelah anda
keluar daripada air.
3.
Aktiviti
renang dapat membakar
kalori tubuh badan anda. Ini kerana, semasa berenang, tubuh
badan anda akan merasa lebih berat untuk bergerak di dalam air. Apabila anda
berusaha untuk bergerak, tenaga yang diperlukan oleh anda juga tinggi sehingga
pergerakan anda itu dapat membakar 24% kalori yang wujud dalam tubuh anda.
Disebabkan itulah, kebanyakan
doktor di Malaysia menyarankan pesakit obesiti menjalankan aktiviti ini agar
mereka dapat menurunkan berat badan yang dimiliki.
4.
Aktiviti
renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan yang betul. Apabila anda
berdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh membina kekuatan dan ketahanan
otot-otot badan anda. Disamping itu juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan
yang menarik buat anda.
5.
Aktiviti
renang mampu memberikan
anda ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud
dalam diri anda. Apabila anda tenang dan tidak stress, keadaan jantung anda
akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu anda dalam mengurangkan risiko daripada terkena
pelbagai penyakit yang berprofail tinggi seperti sakit jantung.
6.
Aktiviti
renang adalah senaman
dan sukan yang paling sihat dan selamat daripada risiko
mendapat kecederaan. Ini kerana, aktiviti ini tidak melibatkan perbuatan yang
aggresif seperti bermain permainan di darat. Contohnya: Futsal.
7.
Aktiviti
renang mampu
melahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik semasa menghadapi saat
kecemasan ketika berada dalam air. Ini kerana, apabila
seseorang itu pandai berenang, sudah tentu insan yang berkenaan mampu
berfikiran dengan lebih rasional dan tahu apakah tindakan yang perlu diambil
bagi menyelesaikan situasi kecemasan yang dihadapi.
No comments:
Post a Comment