Tuesday 10 July 2012

SIT UP ATAU BANGKIT TUBI

Umum semua tahu melakukan sit-up dapat mengecilkan atau mengempiskan perut. Tetapi persoalannya berapakah jumlah sit-up yang perlu dilakukan untuk mengecilkan perut kita. Sit-up atau bangkit tubi memang tidak asing bagi wanita. Aktiviti ini adalah paling berkesan untuk mengempiskan perut dan menghilangkan lemak-lemak di kawasan perut. Gerakan sit-up ini juga dikatakan dapat membantu wanita memiliki perut yang nipis, tegang dan cantik. Sebenarnya bangkit tubi yang disarankan adalah 24 kali turun naik. Ini bermakna anda haruslah membuat sit-up sebanyak 8 kali dengan 3 kali pengulangan yang melibatkan otot perut. Itu sudah cukup memadai bagi anda. Lakukan aktiviti ini sebanyak 2 kali.

No comments:

Post a Comment