Saturday 14 July 2012

TIP DIET


Apakah pilihan anda


Kurus atau gemuk? Pada saya nak kuruskan badan ni tak adalah susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini InsyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.


1.    Kurangkan makan nasi dan makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.


2.    Buat exercise keluarkan peluh sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah jogging atau berenang.


Tapi apabila saya beritahu tips ini semua mengamuk. Mereka kata kalau tips tu kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.


Saya jawab balik. Memang itulah tip asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang tak boleh buat macam  mana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amalkan. Korang carilah banyak mana tips sekalipun tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.


Apa-apapun bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan itu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti di bawah ini.
1.    Amalkan makan malam sebelum jam tujuh malam. Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolism yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan di simpan sebagai lemak.
2.    Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan merampingkan badan atau produk-produk pil kurus. Kebanyakkannya indah khabar dari rupa. Duit habis badan tetap juga naik.
3.    Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan membeli produk diet yang banyak terdapat di pasaran dan farmasi. Pandangan doktor adalah lebih selamat
4.    Turun 1 kg sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan secara drastic dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara medadak pula.



No comments:

Post a Comment