Tuesday 17 July 2012

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN IPAD



KELEBIHAN IPAD

1. Kawalan penuh dengan skrin sesentuh
Walaupun saudara kali pertama mengendalikan kawalan dengan cara sentuhan, tiada lagi rasa kekok selepas mencuba berkali-kali. Perasaan kagum timbul dan saudara akan mula menyukainya.

Skrin sesentuh iPad berkualiti tinggi dan sukar untuk calar jika dibandingkan penulis menggunakan Nokia 5800XM. Saudara tidak perlu menekan kuat atau berkali-kali untuk menjalankan sesuatu aplikasi, cukup dengan satu sentuhan lembut respons akan melakukan kerjanya. 

Menaip dengan menggunakan skrin sesentuh tiada bezanya dengan menaip di papan kekunci yang sebenar.
Untuk mengelakkan skrin iPad daripada tercalar, bolehlah memasang pelindung skrin semurah RM20 sehingga RM150.

2. Paparan grafik yang mengagumkan
Kala menonton video atau bermain permainan video, paparan grafik yang dihidangkan iPad cukup mengujakan penulis. Main sahaja permainan video Cut The Rope, saudara akan kagum dengan keupayaan grafik daripada iPad. Netbook pun belum tentu dapat menyaingi iPad!

3. Sokongan aplikasi daripada pembangun yang pelbagai
Pelbagai aplikasi percuma dan berbayar boleh dimuat turun menerusi AppStore. Contohnya, aplikasi berbentuk kewangan, perubatan, berita, permainan video, utiliti, muzik, produktiviti dan sebagainya. Hingga hari ini, terdapat lebih 65,000 aplikasi khusus untuk iPad. 

Saudara boleh menentukan aplikasi yang diingini berdasarkan minat dan kecenderungan sendiri. Andai kata saudara seorang pelajar dalam bidang perubatan, saudara boleh dapatkan Oxford Handbook of Clinical Specialties untuk rujukan perubatan. Selain itu, AudioNote membolehkan saudara tidak ketinggalan ketika mencatat minit mesyuarat kerana suara setiap orang akan dirakam sehingga tamat. GarageBand pula memudahkan ahli muzik menghasilkan lagu walaupun tanpa instrumen yang lengkap. Menarik bukan?
Jadi, penulis dapat merumuskan bahawa kekuatan sebenar iPhone, iPod dan iPad sangat bergantung kepada pembangun-pembangun menghasilkan aplikasi terbaik yang sesuai dengan kehendak pengguna.

4. Jangka hayat bateri yang panjang
Sekiranya iPad dicas penuh, bateri boleh bertahan sehingga 10 jam untuk penggunaan kerap dan sebulan dalam keadaan bersiap sedia (stand by). Saudara tidak perlu khuatir lagi sekiranya tertinggal pengecas kerana baterinya memang tahan lama.

5. Boleh dimodifikasi dengan mudah dan percuma
iPad yang sudah di’jailbreak’ memang memudahkan pengguna. Semua aplikasi berbayar boleh didapati secara percuma. Kalau mahu berjimat, jailbreak sahaja iPad yang dibeli.
Sungguh, fungsi iPad yang belum jailbreak sangat terhad dan membosankan


KELEMAHAN IPAD

 
1. Tiada fungsi kepelbagaian tugas (multitasking)
Kelemahan yang banyak mempengaruhi keberkesanan kerja-kerja penulis dalam seharian.
Contohnya, menaip artikel blog yang memerlukan semakan pautan yang dirujuk. Saudara perlu menutup dahulu Pages sebelum dapat melayari Safari. Memang leceh!
Mujur dengar lagu sambil melayari internet boleh dibuat serentak. Huh!

2. Masukkan data, lagu, foto dan lain-lain lagi ke dalam iPad dengan iTunes
Sekiranya saudara mengharapkan penggunaan iPad umpama mengendalikan sebuah komputer riba, lebih baik lupakan sahaja.
Perkongsian dokumen, lagu dan foto mesti dimasukkan menerusi iTunes. Maknanya, iPad tidak boleh menerima dan mengeluarkan apa-apa fail tanpa iTunes.
Satu kerja pula mengusung komputer riba semata-mata untuk memasukkan lagu ke dalam iPad. Alahai…
Walaupun aplikasi AirSharing boleh digunakan untuk memudahkan perkongsian fail namun masih memerlukan wireless sebagai penghubung. 

3. Tiada port untuk USB
Sama seperti di atas. Fail daripada cakera keras luaran atau pemacu pen perlu menerusi komputer dan iTunes.

4. Tiada sokongan Flash
Laman sesawang yang menggunakan Flash tidak dapat dilayari dengan baik. Penulis pelik mengapa Apple tiada usaha untuk berkolaborasi dengan Adobe untuk membenarkan pemasangan Flash pada Safari.
Ada juga yang mencadangkan pemasangan Frash (satu aplikasi ciptaan pengguna Apple) untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun, iPad penulis masih tetap sama hasilnya. Laman sesawang atau blog lompong di beberapa bahagian akibat tidak dapat menjalankan Flash.

5. Tiada kamera
iPad tiada kamera. Membosankan. Selepas mendapat kritikan daripada pengguna, kemunculan iPad 2 baru-baru ini membawa khabar gembira dengan penambahan fungsi kamera depan dan belakang.

6. Kualiti Wi-Fi kurang memberangsangkan
Penulis mendapati kualiti Wi-Fi iPad tidaklah sebaik yang terdapat pada komputer riba. Jika jauh daripada punca wireless, kualiti penerimaan jatuh atau terus hilang daripada radar wireless iPad. Jika mahu mendapat kualiti penerimaan yang baik, jarak yang dijadangkan dalam lingkungan 10 hingga 15 meter sahaja.

7. Aksesori tambahan yang mahal
Apa-apa sahaja tentang aksesori Apple memang mahal. Bekas iPad yang dibeli (beserta papan kekunci) mencecah RM250. Belum lagi wayar tambahan, slot untuk kad memori dan lain-lain lagi.

LAIN-LAIN
iPad tiada penerima GPS yang sebenar, peta yang disediakan memerlukan capaian internet untuk akses.
2. Tiada kaki untuk mendirikan iPad
3. Mudah meluncur dan pecah
4. Tiada bateri tambahan
5. Menggunakan SIM mikro, khusus model iPad 3G sahaja.
6. Tiada slot untuk kad memori.

No comments:

Post a Comment