Monday 16 July 2012

TIP MENGHADAPI TEMUDUGA


Temuduga adalah satu sesi penilaian oleh panel temuduga untuk memilih calon terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.

Oleh kerana temuduga adalah satu kaedah penilaian, calon hendaklah membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel penemuduga bahawa mereka adalah calon yang paling layak.

Aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:
1. Sahsiah diri
2. Kelayakan
3. Pengetahuan am dan hal ehwal Jabatan
4. Pengalaman kerja
5. Kebolehan memimpin
6. Bidang tugas di JPN
7. Kebolehan berkomunikasi dengan baik
8. Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi


Kekemasan Untuk LELAKI
1. Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai
2. Baju berlenggan panjang yang berwarna lembut. Contoh: warna putih atau biru muda.
3. Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai.
4. Berkasut kulit serta memakai stoking berwarna gelap.
5. Memakai tanda nama


Kekemasan Untuk WANITA


1. Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
2. Menggunakan make-up yang sesuai dan tidak berlebihan.
3. Berkasut bertutup penuh (court shoes).
4. Pastikan kebersihan dan kekemasan diri.


PERSEDIAAN MINDA


1. Membuat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon.

2. Mengemaskini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa.

3. Mendapatkan panduan dan khidmat nasihat daripada rakan ataupun mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan.

4. Berkeyakinan dan tidak gemuruh.


5. Membuat latihan temuduga (mock interview) bersama rakan jika perlu.

6. Mendapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga.

7. Beranggapan temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu.

8. Berdoa untuk kejayaan.

Pastikan dokumen-dokumen berikut disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya dalam folder yang lut sinar (transparent).


1. Surat panggilan temuduga
2. Kad pengenalan
3. Sijil-sijil kelayakan akademik
4. Sijil-sijil kemahiran
5. Sijil-sijil kursus
6. Sijil atau surat penghargaan
7. Dokumen sokongan lain, jika ada

Pada Hari Temuduga

1. Tiba awal - sejam sebelum temuduga
2. Lapor diri - dapat nombor giliran temuduga
3. Tubggu - duduk dengan tenang dan matikan telefon bimbit

Semasa Temuduga

1. Beri salam kepada ahli panel
2. Guna panggilan yang betul kepada ahli panel seperti Dato/Datin/Tuan/Puan.
3. Duduk selepas di arahkan
4. Serahkan dokumen kepada panel temuduga dengan sopan dan tertib
5. Dengar dengan teliti setiap soalan yang diajukan
6. Jawab soalan dengan jelas dan yakin
7. Ucap terima kasih kepada panel selepas selesai.






1 comment:

  1. terima kasih mawar merah, blog anda banyak membantu saya.tahniah.

    ReplyDelete