Nampaknya,
Sony terus memfokuskan kepada peranti yang tahan lasak dan juga kalis air,
dimana terkini, peranti baru dengan ciri-ciri seumpamanya yang dilancarkan
untuk pasaran tempatan adalah Xperia Go. Peranti tersebut mula dijual di
Malaysia pada harga bermula RM999, tanpa sebarang pakej dan pelan daripada
syarikat telekomunikasi tempatan.
Setelah
mengumumkan sebanyak 6 peranti baru untuk pasaran tempatan sebelum ini, hari
ini, Sony Mobile Malaysia secara rasminya telah pun mengumumkan yang mana
peranti tersebut akan mula dijual dan didapati daripada para pengedar Sony
Mobile tempatan bermula esok.
Salah satu platform operasi yang dinantikan
ramai adalah BlackBerry 10, dan hari ini pada acara BlackBerry 10 Jam, pihak
RIM berkongsi beberapa perkara mengenai platform tersebut, termasuk kamera yang
baru, papan kekunci lebih menarik dan sebagainya
Dengan
ramai yang bercakap mengenai BlackBerry 10, mungkin pengguna sedia ada bimbang
akan untuk melabur pada peranti BlackBerry 7 sedia ada di pasarang. Dan pada
BlackBerry 10 Jam hari ini, RIM berkongsi, mengatakan BlackBerry 7 akan terus
disokong mereka selepas BB10 dilancarkan kelak.
Hari ini
pada BlackBerry 10 Jam di Singapura, pihak Research In Motion menekankan dengan
mengatakan mereka terus memfokuskan dan melabur pada platform mereka, sekaligs
membuatkan ura-ura berkenaan RIM ingin beralih ke platform lain sebelum ini
terhapus begitu sahaja.
Pada
sistem operasi Windows, kita ada salah satu aplikasi yang memudahkan anda
mengawal penggunaan data internet dengan mudah, melalui aplikasi Networx. Dan
untuk pengguna Linux pula, anda boleh dengan mudah memantau penggunaan
jalur-lebar internet anda melalui aplikasi yang dinamakan Download Monitor.
Rovio,
selain daripada bakal hadir dengan permainan terbaru Amazing Alex, turut sama
pada masa yang sama sedang membangunkan permainan Angry Birds baru, sekaligus
memaksimakan penggunaan jenama Angry Birds mereka.
Bagi para
pengguna GMail, semestinya salah satu perkhidmatan yang menarik adalah
kemudahan menghantar SMS percuma kepada rakan anda terus daripada GMail. Dan
bertambah menariknya lagi, apabila selepas DiGi dan juga Maxis memperkenalkan
sokongan untuknya, kini Celcom turut sama tersenarai sebagai syarikat
telekomunikasi yang menyokong perkhidmatan tersebut.
No comments:
Post a Comment